LILIK MASRUKHAH,M.Pd

Lilik Masrukhah adalah salah satu guru bahasa Inggris di SMP Negeri 2 Wonoayu,tepatnya sebagai ketua tim Literasi di SMP N 2 Wonoayusejak thn 2017.Menulis bagin...

Selengkapnya
Navigasi Web

SUKA, MINAT, SAYANG, CINTA

SUKA

Bila kita suka seseorang, perasaan itu dirasakan hanya kerana suka atas sesuatu seperti suara, senyuman, tindakan dan sebagainya. Suka TIDAK bermaksud cinta. Boleh jadi CINTA itu dimulai dengan rasa suka namun belum tentu akan terus mecintai. Kerna, rasa suka ini selalunya bersifat sementara. Paling lama bertahan dalam 3 hari atau lebih awal dari itu.

MINAT

Meminati seseorang adalah apabila kita suka yang agak lebih dari kebiasaan. Minat ini juga bergantung pada sesuatu perkara sama ada perbuatan, tingkahlaku dsb. Rasa minat sama seperti rasa suka. Ia tidak kekal lama dan selalunya akan hilang dalam tempoh kurang seminggu. Rasa minat akan berubah-ubah apabila kita tertarik kepada sesuatu yang lainnya yang lebih menarik dari sebelumnya.

SAYANG

Sayang itu subjektif. Boleh jadi apabila kita suka dan minat pada seseorang, perasaan sayang itu boleh muncul. Boleh jadi sayang itu juga kerana ikhlas dari hati kita atau atas sebab sesuatu. Sayang itu lumrah yang dizahirkan pada hati kita untuk memberitahu otak untuk menyayangi seseorang. Rasa sayang itu akan lebih mendalam apabila rasa minat makin mendalam dan lebih serius. Namun, menyayangi seseorang belum tentu kamu mencintainya. Kerna, sayang kamu boleh jadi kerna kesian, serba salah, terpaksa dan hanya sekadar sayang biasa-biasa.

CINTA

Cinta itu satu. Cinta itu merangkumi suka, minat, dan sayang. Apabila kita mencintai seseorang, kita akan lebih fokus padanya, lebih berfikir jauh untuk meneruskan sesuatu perhubungan. Pastinya, kamu akan lebih mengharap padanya atas segala perkara kerna rasa cinta itu lebih mendalam dari segalanya. Dan apabila kita mencintai seseorang bermakna kamu benar-benar tulus menyayanginya dan diakhiri dengan suatu ikatan yang sah. Dan, apabila kita mencintai seseorang, kita letak dia di suatu tempat yang istimewa dalam hati kita yang biarpun dikecewa, dia masih kekal di situ hingga hilang sendirinya dilewati masa. Benarkan?

Seringkali kita dengar, mencintai tak semestinya memiliki. Ya benar.. itu terjadi kerna selama ni kita hanya menyayangi orang yang ada di sisi kita tapi kita kununnya akui mencintainya. Dalam tak sedar, sebenarnya kamu mencintai orang lain. Maka, sudah terlalu lewat untuk kamu sedarinya bila mana akhirnya ungkapan “mencintai tak semestinya memiliki” akan lahir dari mulut. Ramai dari kita, hidup Bersama orang yang mereka sayangi bukan cintai. Pelikkan, kenapa kita kejam pada diri sendiri? Akhirnya, kita terduduk termangu menangis mengenang nasib sendirian.

Percayalah, hati kita misteri. Jadi, bukan mudah untuk kita fahaminya. Bila kita sendiri keliru tentang hati kita, luangkan waktu untuk belajar memahami perbedaan antara suka, minat, sayang dan cinta. Kerna, bila kamu cuai membezakannya, kamu akan kecewa dan lemah kelak. Dan akhirnya untuk menyembuhkan luka yang ditoreh sendiri, segala kekecewaan itu akan dianggap sebagai pengalaman dan pengajaran hidup biarpun kamu sedar dan tahu andai kamu lebih bijak menilai hati, pasti kamu tak kan tersenyum di bibir tapi menangis di hati.

Sama-sama kita muhasabah diri.

DISCLAIMER
Konten pada website ini merupakan konten yang di tulis oleh user. Tanggung jawab isi adalah sepenuhnya oleh user/penulis. Pihak pengelola web tidak memiliki tanggung jawab apapun atas hal hal yang dapat ditimbulkan dari penerbitan artikel di website ini, namun setiap orang bisa mengirimkan surat aduan yang akan ditindak lanjuti oleh pengelola sebaik mungkin. Pengelola website berhak untuk membatalkan penayangan artikel, penghapusan artikel hingga penonaktifan akun penulis bila terdapat konten yang tidak seharusnya ditayangkan di web ini.

Laporkan Penyalahgunaan

Komentar




search

New Post