Taromar Siregar,S.Pd

Guru di Salah satu Sekolah Dasar di Lingkungan Pemerintahan Kota Padangsidempuan...

Selengkapnya
Navigasi Web
Aku Terima Kau Seadanya

Aku Terima Kau Seadanya

Terima Kau Seadanya

Atiqa duduk bertinggung dihadapan mangkup tandas. Agak lama dia duduk di situ tanpa melakukan apa-apa. Peluh membasahi dahi dan lehernya. Matanya merah dan bengkak. Dia letih dan tubuh badannya menggeletar. Dia cuba untuk bangun dan keluar dari tempat kotor itu, dia tidak tahu berapa lama dia duduk di situ.

Atiqa berjalan ke ruang tamu, itupun dia perlukan bantuan dari dinding untuk menampung berat badannya. Sampai di ruang tamu, Atiqa duduk di atas sofa. Dia melihat bekas dan plastik makanan yang bersepah di atas meja.

Atiqa tunduk, rambutnya yang ikal mayang itu jatuh menutupi wajahnya. Hari ini dia ditegur oleh kawan-kawannya akan tubuh badannya yang agak berisi.

Atiqa ketawa saja, dia tahu kawan-kawannya hanya bergurau tapi apabila bersendirian, dia tidak berhenti mendengar tawa kawan-kawannya. Seolah-olah mereka mengejeknya, mentertawakannya. Sampai saja di ruang, dia terus ke dapur. Semua makanan di dalam peti sejuk dan di atas rak dikeluarkan dan di bawa ke ruang tamu. Dia membuka plastik makanan dan mula makan tanpa henti.

Selepas menghabiskan semua makanan yang dikeluarkannya tadi, Atiqa terus ke tandas. Dia memuntahkan semula semua makanan yang dimakannya tadi. Dan sekarang dia duduk di tempat yang sama dia berpesta makan tadi. Rasa bersalah menggunung di hatinya, dia rasa jijik dengan dirinya sendiri. Atiqa merintih perlahan, dia tidak tahu kenapa dia jadi begitu dan kenapa dia rasa benci sangat pada dirinya sendiri. Atiqa merekot di atas sofa dan akhirnya dia tertidur. Tertidur dengan perasaan yang hiba dan rendah diri.

Selama ini dia tahu yang dia sakit. Dia tahu yang dia ada masalah.

Bulimia Nervosa.

Salah satu dari penyakit gangguan pola makan (Eating Disorder) . Dia tahu ED (Eating Disorder) adalah salah satu daripada penyakit yang disebabkan oleh masalah mental. Tapi dia tidak mahu sembuh. Sudah lama dia dan ED berkawan. Sudah lama dia mengidap ED dan dia tidak mahu sembuh.

Farez lepak di kafe dengan kawan-kawannya. Sebagai pelajar tahun akhir, mereka semua sibuk dengan final projek tapi masih suka melepak macam budak first year. Farez menyelup poketnya, dia mengeluarkan kotak kecil. Pada hari ini dia ingin melamar Atiqa, dia ingin membuang perkataan ‘bestfriend’ tu jadi ‘wife for the rest of life’.

“Hohoho…” Farez ketawa sendiri apabila membayangkan hal itu. Ketika itu dia ternampak Atiqa yang duduk di salah sebuah meja di kafe itu. Dia tahu jadual Atiqa, rasanya Atiqa baru saja habis kelas.

“Aku pergi dulu wei” Fariz minta diri, dia ingin melaksanakan rancangannya secepat mungkin.

“Nak pergi mana?” tanya Firdaus. Farez memandang pada Firdaus, sebelah keningnya terjungkit ke atas. Firdaus mengerutkan dahi, dia langsung tak faham dengan bahasa isyarat Farez. Walaupun sudah berkawan sejak hari pertama mereka melangkah masuk ke universiti hinggalah sampai nak habis universiti dahpun, dia tetap tak faham bila Farez buat bahasa isyarat.

“Aku nak lamar Atiqa” akhirnya Farez berterus terang.

“WHAT?!!!” bukan Firdaus saja yang terkejut. Satu geng mereka terlopong.

“Kenapa korang terkejut?” tanya Farez, dia buat kening double jerk. Khairel memaut bahu Farez. “Memanglah kitaorang terkejut. Kau dengan Atiqa tu bestfriend duh”

“Aku dah lama syok kat dia” ujar Farez.

“Patut la bila aku nak dia jadi girlfriend aku dulu, bukan main kau bengang dengan aku” Zaid buat muka tak puas hati. Farez hanya tersengih.

“Aku dulupun pernah nak try Atiqa tu tapi mamat ni ugut aku. Dia cakap kalau aku try bestfriend dia, dia akan baham aku. Bestfriend la konon, rupanya dia yang ada hati kat Atiqa tu” ujar Firdaus. Sekali lagi mereka memandang pada Farez. Begitu jugalah Farez, dia hanya tersengih.

“Aku nak lamar dia dan kahwin sebelum habis belajar”

“Kenapa cepat sangat?” tanya Firdaus lagi, nak tahu juga sebabnya.

“Lepas habis belajar, aku akan kerja dengan ayah aku. Aku rasa aku mampu jaga dia lepas ni. Aku dah empat tahun syok kat dia, aku dah tak sanggup tunggu lagi. Atiqa tu cantik, ramai lelaki suka kat dia.

DISCLAIMER
Konten pada website ini merupakan konten yang di tulis oleh user. Tanggung jawab isi adalah sepenuhnya oleh user/penulis. Pihak pengelola web tidak memiliki tanggung jawab apapun atas hal hal yang dapat ditimbulkan dari penerbitan artikel di website ini, namun setiap orang bisa mengirimkan surat aduan yang akan ditindak lanjuti oleh pengelola sebaik mungkin. Pengelola website berhak untuk membatalkan penayangan artikel, penghapusan artikel hingga penonaktifan akun penulis bila terdapat konten yang tidak seharusnya ditayangkan di web ini.

Laporkan Penyalahgunaan

Komentar




search

New Post